Wednesday 10 October 2012

Asam Pedas Daging Tetel( gerang)

Resepi yg saya ingin kongsikan dengan anda semua hari nie ialah asam pedas daging tetel( gerang).Pada yg dh rasa masakkn saya,mungkin tahu rasanya..pedas dan antara asam pedas yg pekat..Selamat mencuba..

ASAM PEDAS DAGING TETEL( GERANG)
Bahan2 nya:
*1/2 kg daging tetel( klo boleh cari yg daging tetel yg ada daging sekali-jimat)-beli kt maslee pg
*1/2 kg perut lembu( babat)
7 helai daun limau purut
4 cm lengkuas( dititik)
3 batang serai ( dititik)
5 ulas bawang merah kecil 
5 ulas bawang putih ( both bawang di tumbk)
1 sudu halba ( rendam dlm 5minit dan tos)
segengam lada hitam
2 sudu jintan kasar ( jintan kasar dan lada hitam direbus sekjap dan toskan)
50 batang cili kering ( potong halus,rebus,tos dan blender dgn sdkit mnyk bsama lada hitam n jintan kasar)
1 sudu serbuk kunyit
1 cawan air asam jawa pekt
4 cawan air rebusan daging
2 cawan minyak masak
250g kerisik
perasa

* daging tetel direbus hingga empuk
* babat di rebus sekajp je dlm 2 minit-jgn lama nti kecut.

Cara2 nya:
Panaskn minyak dlm periuk dan tumiskan halba,bawang2,serai dan lengkuas hingga naik bau.
Masukkan cili (yg dh dblender bersama jintan kasar dan lada hitam)dan serbuk kunyit,tumis hingga pecah minyak dan hampir garing.
masukkan sedikit air dan kerisik kacau hingga garing.
masukkn air asam jawa dan air rebusan serta bahan perasa( kecilkn api)gaul rata.
Masukkn daging tetel dan daun limau purut( di koyak kasar) hingga mendidih.
Last baru masukkn perut lembu atau babat(tak di masukkn awal kerana boleh mengecut) biarkan dlm 5 minit.
Hidangkan..

Selamat mencuba..

No comments:

Post a Comment