Tuesday 23 October 2012

Itik with filling..

Akum semua..dah terlalu lama rasanya saya xupdate blog saya nie dgn resepi2 kan..Kali nie saya nk turunkn ilmu ITIK WITH FILLING..mesti tertanya2kn apa lak yg dia nk fillingkn nie..hehehe..
Jom jengah resepi saya..senang je memasak nie..campak2,blend halus pastu filling kn aje..jomlah..

ITIK WITH FILLING.
1)Bahan2 untuk filling..
Sekeping isi ikan cencaru (buang tulang n blend halus isinya-ke tepikan dulu)
Segengam daun kesum ( di potong halus)
*Seikat daun ketumbar
*1 ketul belacan ABC ( ia mmg besar2 ibu jari)
*6 ulas bawang putih
*6 ulas bawang merah kecil
*4cm halia
*1 sudu gula melaka.
*1 batang serai ( di potong halus-untuk blend)
*8 biji cili padi
*1/2 sudu serbuk kunyit.
*1 sudu pes tomyam.

* bahan2 tanda nie semua di blender halus tmbhkn ckit air untuk senangkn kerja blender halus.

Cara2nya:
Tumiskan bahan2 blender * dgn sedikit minyak hingga pecah minyak dgn api sederhana.
Tambahkan bahan perasa ckit ( garam jgn lebih cz belacan dh masin)
Gaul n masukkan daun kesum and gaul rata.(tutup api)
Bahan2 tumis td di gaulkan sekali dgn isi ikan tengiri..
Dh siap bahan filling tp jgn mkn,isi ikan tu mentah lgi..

2)Bahan2 lain:
Bahagian dada itik dan peha itik.( jika lihat mcm blh je buat untuk filling on je)
2 helai Daun Pandan ( dicarik kasar untuk buat ikat )
Garam ckit
Lada hitam sederhana kasar.

Cara2nya:
Bahagian dada tadi di toreh dalam2 n panjang ikut saiz itik td.Disebabkn itik nie isi tebal,toreh 2 a 3bahagian.
Buat benda yg sama pada semua bahagian yg boleh di filling..
Koyakkn sedikit n tolak dgn jari bahagian atas kulit itik untuk filling jgk..
Masukkan rata2 n padat2 tempat yg kte toreh td n cover ckit jika boleh supaya isi filling xkuor.
N ikatkan dgn daun pandan tdi.lilit lah berape yg boleh..asalkn isi xjatuh.
sapu kan dgn sedikit garam n taburkan lada hitam..( cover semua area )-perap 30 minit.lama lg bgus..
Panaskan oven 200 celcius dlm 10minit.
Masukkn itik td dlm bekas and turunkn suhu 180 celcius and masak dlm 40 minit.
Tukarkan bahagian sebelah n turunkn suhu 160 celcius dan masak dlm 80 minit..( blhlh terbalikkn dlm 3 x)
  (* masa ini anda akan lihat banyaknya minyak hasil kulit itik nie kuor..n kulit menjadi tipis.*)
Siap di hidang tp tunggu dlm 20 mnit sebelum potong n makan..

Pasti anda akan berpuas hati dgn resepi ini..walaupun lama masak tp nyumm2..Dengan bau aroma filling dan daun pandan..emm..pasti anda dan seisi keluarga xsabar untuk menjamahnya..Boleh di makan bersama nasi putih atau begitu saje..( buat candle light dgn tersayang..cara jugak..hehehe)
Selamat mencuba..



Wednesday 10 October 2012

Kari Itik

Akum dan selamat pagi semua..semoga hari nie hari yg paling indah dlm hidup anda dari hari semalam..tapi bagi saya semalam pun indah jugak bila hubby belikan frozen duck untuk saya..hahaha..suke sgt2 saya..cz dh craving sgt2 nk mkn itik..hehehe..tp yg sedihnya kna masak sdrilah..huhuhu..
tapi xpe..thank u hubby..Jom kte layan resepi saya hari nie..

KARI ITIK
Bahan2nya:
1/4 daging itik ( di potong kecil mcm ayam)
4 ulas bawang merah kecil
4 ulas bawang putih ( both bawang di tumbuk)
3 batang daun kari
4 sudu serbuk kari daging
4 cm halia ( dititik)
*2 batang kayu manis
*4 bunga lawang
*4 bunga cengkih
*4 biji buah pelaga ( semua bahan2 * di rendam seketika dlm air dan di toskan)
30 batang cili kering ( di potong,rebus dan blender halus dgn sdkit minyak)
1 kotak santan kecil.
2 kotak air biasa.( gunakn kotak santan untuk pekat n cair kuah)
3 keping asam gelugur.
1 mangkuk kecil minyak masak.
perasa.

Cara2 nya:
Panaskan kuali dgn minyak masak(api sederhana)masukkan bahan2 *,bawang2,halia dan daun kari.tumis hingga naik bau.
Masukkan cili blender dan serbuk kari dan tumis hingga pecah minyak dan garing.
Masukkan santan dan gaul rata dan masukkan air (mengikut kepekatan masing2.)beserta asam gelugur.
Masukkan daging itik tadi dan bahan perasa..
Biarkan mendidih dlm 20 minit.
Sedia di hidang.

* boleh makan bersama nasi putih atau roti.

p/s:
so far saya masak daging itik nie xpernah hanyir atau berbau dan daging nya pula tak pernah liat sangat seperti daging itik kampung.mmg empuk bila di masak.persis seperti ayam.ibu saya pun akuinya jgk..lain sgt yg frozen nie..cma klo takut hanyir,saya buat mcm ayam atau ikan..rendam dgn tepung gandum dlm 30 minit.(cnfrm bau hilang) cma dgn ikan plus garam sekali.lgpn itik frozen nie murah.biasa beli kat jusco permas RM22.90 klo kat giant pun lebih kurang.tp itik kg..erm mahallah..RM80 sekilo..mmg xbeli.Apa2 selamat mencuba..

Asam Pedas Daging Tetel( gerang)

Resepi yg saya ingin kongsikan dengan anda semua hari nie ialah asam pedas daging tetel( gerang).Pada yg dh rasa masakkn saya,mungkin tahu rasanya..pedas dan antara asam pedas yg pekat..Selamat mencuba..

ASAM PEDAS DAGING TETEL( GERANG)
Bahan2 nya:
*1/2 kg daging tetel( klo boleh cari yg daging tetel yg ada daging sekali-jimat)-beli kt maslee pg
*1/2 kg perut lembu( babat)
7 helai daun limau purut
4 cm lengkuas( dititik)
3 batang serai ( dititik)
5 ulas bawang merah kecil 
5 ulas bawang putih ( both bawang di tumbk)
1 sudu halba ( rendam dlm 5minit dan tos)
segengam lada hitam
2 sudu jintan kasar ( jintan kasar dan lada hitam direbus sekjap dan toskan)
50 batang cili kering ( potong halus,rebus,tos dan blender dgn sdkit mnyk bsama lada hitam n jintan kasar)
1 sudu serbuk kunyit
1 cawan air asam jawa pekt
4 cawan air rebusan daging
2 cawan minyak masak
250g kerisik
perasa

* daging tetel direbus hingga empuk
* babat di rebus sekajp je dlm 2 minit-jgn lama nti kecut.

Cara2 nya:
Panaskn minyak dlm periuk dan tumiskan halba,bawang2,serai dan lengkuas hingga naik bau.
Masukkan cili (yg dh dblender bersama jintan kasar dan lada hitam)dan serbuk kunyit,tumis hingga pecah minyak dan hampir garing.
masukkan sedikit air dan kerisik kacau hingga garing.
masukkn air asam jawa dan air rebusan serta bahan perasa( kecilkn api)gaul rata.
Masukkn daging tetel dan daun limau purut( di koyak kasar) hingga mendidih.
Last baru masukkn perut lembu atau babat(tak di masukkn awal kerana boleh mengecut) biarkan dlm 5 minit.
Hidangkan..

Selamat mencuba..

Sambal Kerang

akum semua..lama rasanya tak update blog nie dgn resepi ..semalam jalan2 dekat beli bahan mentah..Banyak jgak lh tempat klo mbeli brg mentah nie..Tp boleh pula singgah satu kedai nie yg di kata murah dan segar..jadi kami suami isteri pun ke sana beli brg..
Dpat jgk lah beli yg dlm paket2 plastik..isi kerang,perut lembu dan daging tetel..erm..bila masak xsgar pun..Tp isi kerang ok..hrga..erm..better beli kt jusco dan kipmart cz cnfrm segar kcuali ayam beli kt jusco permas..cnfrm segar dan berbaloi.
Takpelah,kte continue dgn resepi kte nie..

SAMBAL KERANG
Bahan2nya:
1 peket isi kerang ( rendam isi kerang 10mnt dan tukarkan airnya 3x dan tos)
40 cili kering ( potong,rebus,tos dan blender halus dgn ckit mnyk)
1 biji bawang besar ( potong bulat halus)
4 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah kecil ( both bwang tumbuk halus)
1/2 cawan minyk masak
3 sudu pati asam jawa.( cairkn sedikit dgn air)
1/2 cawan air ( untuk cairkn sedikit sambal)
perasa.

Cara memasaknya:
Panaskan kuali dgn minyak dan tumiskan bwang yg ditumbuk hingga naik bau.
Masukkan cili yg di blender gaul hingga pecah minyak dan cili garing
Bila cili hampir garing,masukkn sedikit air dan tumis lg..
Masukkn air asam jawa dan air sedikit (ikut citarasa kepekatan smbal.)
Masukkan bwang besar yg telah di potong..gaul rata dlm 5 minit..
Masukkan bahan perasa dan isi kerang.gaul dan biarkn mendidih dlm api kecil..
Sedia di hidangkan..

Boleh dimakan bersama2 nasi putih atau roti..
Selamat mencuba.

Wednesday 3 October 2012

Sos Nasi Ayam.

SOS NASI AYAM
Bahan2 nya:
15 batang cili basah ( di potong 3 bahagian)
5 ulas bawang putih
3 sudu gula
4 sudu cuka
sedikit aji no moto.
sedikit air

Cara2nya:
Masukkan cili basah,sedikit air dan bwang putih-blender halus(tuang dlm periuk kecil dgn api kecil)
Masukkan cuka,gula dan aji gaul rata dan biarkan mendidih.
Hidangkan.

Hiasan sampingan:
sayur salad-di basuh bersih
tomato- dihiris kasar
timun- di potong kasar.

* hidangkan semua nasi ayam,sup ayam,sos nasi ayam bersama2 sayuran.Sedia untuk di makan..
Selamat mencuba..

Sup Ayam


SUP AYAM
Bahan2 nya:
Lebihan air rebusan ayam ( dari nasi ayam tadi)
1 bahagian dada ayam yg di potong kecil.9 yg direbus bersama)
2 sudu minyak masak.
3 ulas bawang merah kecil
3 ulas bawang putih ( both bawang di hiris2)
3 cm halia ( di hiris2 kasar)
3 biji buah pelaga
3 biji bunga lawang
2 batang kulit kayu manis ( buah pelaga,bunga lawang dan kulit kayu manis direndam -toskan)
3 batang daun bawang
3 batang daun sup ( daun2 di basuh bersih dan di potong halus)
Perasa
1/2 kuib ayam
3 cawan air masak

Cara2 memasaknya:
Panaskan kuali dengan minyak masak.
masukkan bunga lawang,buah pelaga,kulit kayu manis,halia dan bebawang hingga naik bau.
Mati kan api dan curahkan bahan tumis ke dalam periuk lebihan air rebusan ,air masak dan sedikit isi ayam hingga mendidih..
Masukkan bahan perasa dan daun sup serta bawang..

*bahagian ayam yg lain di keluarkan sebelum di masak sup dilumurkan serbuk kunyit dan sedikit garam( gaul rata) dan panaskn minyak untuk mengoreng dengan api besar.Minyak dh panas,gorengkan ayam untuk 5 minit.
*sekejap sahaja mengoreng kerana ayam telah direbus sebelum tu untuk di jadikan stok ayam.
*Hidangkan ayam dan sup.




Nasi Ayam.

Menu hari nie Nasi Ayam sebenarnya nie kali pertama saya try resepi dari bonda saya cz hari tu balik melaka belajar semua resepi dari beliau..Jadi dari beliau,saya pass kan semua pada anda..takde tipu helah ya..
Selamat mencuba..

NASI AYAM
Bahan2 nya:
1 ekor ayam di potong 14 bahagian( direndam dlm air tepung 30 minit-basuh dan rebus)
6 ulas bawang merah kecil
6 ulas bawang putih ( di hiris2 both bwang)
6 biji buah pelaga
3 batang kulit kayu manis
6 biji bunga lawang ( buah pelaga,kayu manis dan bunga lawang-rendam seketika-tos)
3cm halia( di hiris2 )
1 sudu planta
2 sudu minyak masak
3 cawan beras( di basuh bersih takde air dlm periuk nasi)
Secubit garam
1 sudu pati stok ayam @ 1/2 kiub ayam
Cara2 memasaknya:
Panaskan kuali dgn minyak masak dan planta
terus masukkan buah pelaga,kulit kayu manis,bunga lawang dan bebawang hingga naik bau.
Tuangkan semua bahan ke dalam periuk nasi..
Air rebusan ayam di tuang ke dlm periuk nasi mengikut sukatan beras.
Masukkn stok ayam dan garam.
Gaul rata semua bahan dan tanakkn nasi dlm rice cooker.
Sedia di hidangkan..

Monday 1 October 2012

Nasi Goreng

Akum dan selamat pagi semua.Pagi nie menu saya ringkas sangat2..nasi goreng..jom terjah menu saya untuk pagi nie..Nasi yg saya guna nasi malam semalam saya masak guna beras wangi.jdi rsanya adalh mcm kt kedai2 thai kelantan ckit..hehehe..
Jom..

NASI GORENG
Bahan2 nya:
3 cawan beras yg siap di tanak @ Seperiuk nasi lebihan semalam( gaul dgn sedikit air untuk hancurkn)
Segengam ikan bilis ( direndam dlm 15mnt-toskn)
15 batang cili kering ( rebus dan blender halus)
5 ulas bawang merah kecil
5 ulas bawang putih ( both bawang di tumbuk)
1 senduk nasi minyak masak.
Perasa.

Cara2 nya:
Panaskan kuali dgn minyak dan tumiskan terus bawang putih dan merah yg telah di tumbuk hingga naik bau.
Masukkan cili kering yg telah diblender,tumis hingga pecah minyak.
Masukkan ikan bilis dan gaul seketika.
Masukkan bahan perasa dan tumiskn lg..
Masukkan nasi lebihan dan gaul hingga rata semuanya..
Hidangkan.

Boleh dihidangkn bersama2 teh O,kopi O atau air sejuk je..ringkaskn..selamat mencuba.