Jom layan resepi dari bonda saya nie..
GERANG ASAM PEDAS IKAN CENCARU
Bahan2 nya:
2 ekor ikan cencaru( ikan jaket) saiz XXL ( dipotong 3 bahagian stiap ekor-di rendam dengan tepung gndum untuk hilangkan hanyir 30minit-jgn lupa buang kulit keras ikan-basuh dan tos)
40 batang cili kering ( digunting kecil dan rebus)
segenggam lada hitam ( di rendam dlm air panas-di tos)(cili kering rebus dan lada hitam di blender halus dgn mnyk sdkit)
8 keping daun limau purut ( dikoyak2)
6 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah kecil ( both bawang di tumbuk)
1 sudu halba ( di rendam dlm air panas dan toskan)
2 sudu kerisik
1 mangkuk sederhana minyak masak
2 sudu serbuk kunyit
1 cawan besar air assam jawa
4 cawan besar air masak
perasa ( ikut kesesuaian masing2)
10 sayur bendi( dipotong dua berbentuk serong)
Cara2 memasaknya:
Panaskan minyak terus masukkn halba dan bawang yg telah di tumbuk-hingga naik bau.
Masukkan cili kering dan lada hitam yg telah di blender bersama dan masukkan serbuk kunyit beserta kerisik-tumis hingga pecah mnyak.
Masukkan air assam jawa,air masak,ikan cencaru yg telah dipotong,daun limau purut,sayur bendi dan bahan perasa-di biarkan mendidih dgn api gas yg kecil dlm 15minit.
Hidangkan dgn nasi panas.
Nie lah menu saya hari nie..sesuai sangat2 pada yg makan pedas..jap lagi nak bwa ke umah mertua pula..menu nie jgk boleh di makan dgn roti..jika tak tahan pedas,boleh kurangkan penggunaan lada hitam.
selamat mencuba..
No comments:
Post a Comment