Sunday, 23 September 2012
Ayam Sambal
Menu untuk hari nie bahan utama ialah AYAM..cz anakku aina tak habis2 mintak dari semalam" umi..nak ayam"..tu yang semalam balik je dari PTP( Pelabuhan Tanjung Pelepas),servis kete dan terus ke jusco beli ayam atas peha..murah pulak semalam daging ayam atas peha RM0.79.selalu RM0.99.tu pun terhad 6 keping per person..
Mesti ada yg kata,kenapa lah saya banyak beli barang kat jusco( kan mahal),kenapa tak beli kat pasar..Sebenarnya,kami sekeluarga tak makan ayam bahagian dada dan pernah kena tipu masa beli ayam kat pasar..kami beli 2 ekor,semua daging ayam rupenya dah busuk..geram je dan membazir cz terpaksa buang..lagi 1,jusco dgn umah kami dekat sangat.hehehe..
Banyak lak saya membebel..hehehe..jom mula membaca resepi saya dan jangan lupe praktikalkan ya..
selamat mencuba.
AYAM SAMBAL
Bahan2 nya:
3 bahagian Ayam atas peha ( dipotong 2 menjadi 6 keping)
**tepung gandum( rendam dgn tepung gandum untuk hilangkan hanyir ayam( 30 minit),bersihkan dan rebus dalam 20 minit)
30 batang cili kering ( di gunting kecil dan rebus dan letak sedikit minyak masak-blend halus)
4 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah kecil ( both bawang di tumbuk )
1 biji bawang besar ( dipotong slice kasar)
6 sudu sos cili
6 sudu sos plum
separuh cawan Air rebusan ayam
minyak masak 1 cawan ( depend pada cili )
perasa.
Cara2 memasaknya:
Panaskan minyak di dalam kuali,tumiskan bawang putih dan bawang merah hingga naik bau.
Masukkan cili dan masak hingga hampir garing dan pecah minyak.
Masukkan air rebusan sedikit dan slice bawang besar- gaul rata.
Masukkan bahan perasa,sos cili dan sos plum.- gaul rata ( refer both image below)
Masukkan ayam yg telah di rebus td dan gaul smbil kecil api dapur-biarkan mendidih seketika smbil2 gaul2 takut bawah hangit.
Matikan api dan hidangkan..
Ayam sambal nie dah jadi kegemaran suami saya dan family.harap2 ia juga akan menjadi kegemaran keluarga anda jugak..
selamat mencuba..
**sos plum-masam ( penganti asam jawa) sangat sesuai untuk masakkan sweet sour mcm sambal ayam nie..pedas2 masam..sedap..
Labels:
cooking dish
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment