Saturday, 22 September 2012

Coconut Shake Special

Coconut Shake..

Siang hari td cuaca cerah dan bahang sangat2 boleh lak tbe2 nak minum coconut shake tp kat area PTP(Pelabuhan Tanjung Pelepas) mana nak cari org jual coconut shake nie..pergi PTP pun td sebab ada jemputan akikah anak kawan mertua..memang panas sangat2..
Korang pernah minum air coconut shake kat Kelebang tak?Pada yg pernah msti tahu mcm ne rsanya beratur punyalah panjang semata2 nak beli coconut shake special..pergh..mmg trangkat..hehehe..
Hari nie saya ajar semua mcm ne nak buat air coconut shake nie..alatannya,blender ais atau guna philip blender tangan je( nie je pun blender yg saya ada).Kelapa saya beli kat jusco je,yg dh siap kopek kulitnya just hanya ada isi kelapa berbentuk bulat dan air kelapa je dlm bekas plastik(mahal ckit tp tu je yg ok- xyah susah2 nak kopek kelapa )tapi pada yg ada kemudahan untuk potong dan korek isi kelapa dah untung sgt2.
Jom selami resepi saya nie..mana tahu esok hari boleh beli bahan dan buat..selamat mencuba..

COCONUT SHAKE SPECIAL
Bahan2 nya:

2 bekas isi kelapa
1 cup air kelapa ( dua bekas td ambil isi dlm confrm mmg ada air tp hanya 1 bekas je guna air kelapa.supaya  terasa isi kelapa tu bila minum)
Ais separuh bekas ( depend pada bekas yg anda guna,lg banyak ais lg pekat-pada yg guna blender tangan)
8 scoop Vanila ice cream ( klo boleh guna brand Wall dan jgn guna perasa lain )
2 sudu gula kasar ( saya guna sudu ceduk nasi - buat air gula )

Cara2 membuatnya;
Pada pengguna blender philip tangan,ambil je apa2 bekas yg tinggi dari paras blender tangan tu.
Masukkan isi kelapa,air kelapa 1 bekas , air gula dan ice cream vanila- blender halus.
Masukkan ais ckit demi sedikit mengikut kepekatan anda.
Hidang dalam cawan dan letakkan 1 scoop ice cream vanila ke atas minuman td..

Pada yg memiliki blender ais,bolehlah buat 2 kali blender cz cnfrm xmuat nanti.
Masukkan bahan2 di atas,bahan2 bahagi 2 tau.blend halus.
Tuang dlm cawan dan jangan lupa letakkn ice cream vanila td 1 scoop dan wallaa..

Mmmm...sedapnya..saya dah buat tp lupe ambil gambar..dh siap minum baru terfikir nak ambil gambar.hehehe..next time jika sya buat lagi,saya akan uploadkan pic nya k..jika ada masa buatlah ya..selamat mencube..

1 comment: